.

Wednesday 10 September 2014

Ustaz ditahan di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Hasutan.

Menurut laporan portal berita The Malaysian Insider, Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam sekitar 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam.

Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat, PKR berkata pergerakan itu mengutuk penahanan Wan Ji.

“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang dikeluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.

Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.-astroawani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist